eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Dilelong RM74 Juta Cincin Tunang Edward & Bella (Twilight)

CINCIN pertunangan pasangan Edward Cullen lakonan Robert Pattinson dan Bella Swan (Kristen Steward) dalam filem Twilight menjadi barang paling berharga pada acara lelongan amal yang diadakan di Hollywood Chinese Theater, 20 November lalu.

Seperti dipetik E! Online, cincin yang digunakan dalam penggambaran filem bersiri popular itu dijual kepada seorang peminat dengan harga RM74 juta.

Dia berhasil mendapatkan cincin itu selepas bersaing dengan ribuan peminat yang lain.

Selain cincin Bella, kostum dan buku jurnal Edward turut menjadi rebutan dan terjual dengan harga tinggi.

Dalam pada itu, sebayak 900 barang yang digunakan sepanjang penggambaran Twilght turut dijual pada acara berkenaan.