eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Menjadi Ibu Jihan Musa Sudah Bersedia


   Jihan Musa yang telah melangsungkan perkahwinan pada Mac lalu bersama Ungku Hariz Faizal  kini  telah bersedia untuk menjadi Ibu

Apabila saya mengambil keputusan berkahwin bermakna memang saya sudah bersedia untuk memiliki cahaya mata tetapi sebagai manusia kita hanya mampu merancang dan selebihnya ia adalah terletak kepada rezeki yang ditentukan Allah.

"Insya-Allah jika Allah hendak beri rezeki dalam masa terdekat ini Alhamdulillah," katanya

"Jadual seni kami memang padat tetapi kami memahami dan jika masing-masing tidak terikat dengan kerja kami akan ambil peluang untuk menghabiskan masa bersama atau pun bercuti.

"Pun begitu pembahagian masa itu penting dalam memastikan kerja dan rumah tangga seimbang," ujarnya.

Tambah Jihan, selepas tugasnya berakhir sebagai pengacara program Gegar Vaganza 3 (GV3) yang berbaki dua minggu lagi dia akan mengambil cuti sehingga akhir tahun untuk berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga.