eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Mia Ahmad Dan Penjaga Gol JDT Izham Tarmizi Bakal Berkahwin Januari Depan

Pasangan berkenaan akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan secara terperinci mengenai perkahwinan mereka dalam satu majlis yang akan di Flora Terrace dekat sini 

Mia, 28, dan Mohd Izham sebelum ini dilaporkan bercinta selepas tersebar gambar pemuda itu meraikan majlis ulang tahun kelahiran Mia pada Februari lalu.

Mohd Izham berkata, sejak berkawan dengan Mia, dia tiada masalah untuk berada dalam dunia hiburan selain sudah bersedia bergelar seorang suami.

“Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia tu (hiburan),” katanya.

Dalam pada itu Mohd Izham yang berasal dari Terengganu berkata, rombongan merisik pihak lelaki telah dilakukan kira-kira dua minggu lalu hanya melibatkan keluarga terdekat kedua-dua pihak sahaja.

Mohd Izham, 25, berkata, dia tiada hak untuk menyekat Mia kerana ketika mengenali wanita itu, dia sudah bergelar seorang selebriti.

“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama, tahun kedua saya bagi dia  teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan dia serta-merta tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa… dia  kena fikir mana patut, mana tak,” katanya

Mohd Izham menyatakan perancangan perkahwinannya dengan Mia Ahmad  dijangka pada Januari tahun depan.