eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Norman Menjawab Luhan Hati Penonton Tetipu Dengan Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng



Penerbit Datuk Norman Abdul Halim, meminta orang ramai supaya memperbetulkan tanggapan mereka sebelum pergi menonton filem terbaharu Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

Menurut Norman, dia mahu penonton menerima perubahan yang dilakukan dalam filem ini kerana ianya bukan 100% filem animasi.

"Bagi saya ini semua bergantung kepada unsur penerimaan kerana mungkin orang mengharapkan filem upin ipin ini 100% menceritakan tentang animasi sahaja.

"Ramai sebenarnya yang salah kerana mereka beranggapan untuk meilihat animasi upin dan ipin daripada mula hingga ke hujung filem ini.

"Kerana sejak dari awal lagi kita sudah cakap dimana filem ini menceritakan tentang yang hidup dan animasi," katanya

Norman berkata demikian ketika dihubungi untuk mengulas mengenai maklum balas yang diberikan oleh penonton terhadap Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng.

Tambah Norman, watak pelakon di dalam filem ini adalah untuk mewarnakan lagi jalan cerita dengan pelbagai konfilik dan pengajaran yang hendak disampaikan.

"Tidak akan menjadi cerita la jika kesemua filem ini hanya cuma menampilkan upin dan ipin sahaja.

"Sebenarnya kita hendak menghidupkan watak-watak setiap pelakon bagi mewarnakan lagi filem ini dengan babak-babak tertentu untuk mengerakkan cerita melalui konflik yang terjadi.

"Dalam masa yang sama cerita upin ipin ini masih mengekalkan mesej utamanya iaitu untuk memberi mesej2 positif kepada penonton," jelasnya lagi.

Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng telah ditayangkan pada 24 November lalu.

Selain watak Upin & Ipin, filem ini turut dibintangi pelakon-pelakon seperti Puteri Balqis, Awie, Sarah Ali, Gambit dan Remy Ishak.

Filem ini merealisasikan impian kanak-kanak untuk melihat cerita Upin dan Upin dilakonkan di alam nyata.

Upin & Ipin Jeng Jeng adalah filem usahasama Les'Copaque Production dan KRU Studio untuk menaikkan kembali industri filem tempatan yang dilihat semakin merudum.