eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pelakon Watak 'Harry Potter' antara terkaya di Britain

Ketika Daniel Radcliffe mula berlakon sebagai Harry Potter pada usia 11 tahun tiada siapa menjangka dia akan menjadi antara orang terkaya dalam dunia perfileman di Britain dengan asetnya kini dianggar £64 juta (RM351.7 juta).

Menurut Daily Mail, akaun pelakon berusia 27 tahun itu yang disiarkan syarikatnya semalam, Gilmore Jacobs, menyatakan simpanan Daniel ialah £63.9 juta (RM351.3) iaitu £4.5 juta (RM24.74 juta) lebih berbanding 2015, menunjukkan dia adalah pelakon Britain berpendapatan paling besar tahun ini.

Difahamkan, pelakon itu melaburkan wangnya dalam hartanah dan saham.

Tahun ini, dia muncul dalam filem Now You See Me 2 dan Imperium serta drama komedi Swiss Army Man.

Menurut akaun itu, £19.8 juta (RM108.8) adalah dalam bentuk pelaburan aset, £22.9 juta (RM125.9) pelaburan aset semasa, £3.3 juta (RM18.2) dalam aset nyata serta wang tunai £8.7 juta (RM47.8) dan dihutang £10.2 juta (RM56.07 juta).

Bapanya, Radcliffe dan ibunya, Marcia Gresham, menubuhkan syarikat berkenaan pada 2000, setahun sebelum Daniel mula berlakon dalam siri pertama Harry Potter ‘Harry Potter And The Philosopher’s Stone’.

Awal tahun ini, Daniel menyatakan dia tidak banyak membelanjakan wangnya.