eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tiga Kali Keguguran, Jue Aziz Tak Putus Asa Dapatkan Cahaya Mata

Walaupun pernah mengalami keguguran sebanyak tiga kali, pelakon Jue Aziz mengakui tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata lagi.

Jue Aziz atau nama sebenarnya Zuliana Aziz, 33, berkata dia redha menerima ketentuan Illahi dan akan terus berusaha.

"Pada mulanya saya kecewa juga kerana sudah beberapa kali hamil, tetapi setiap kali trimester pertama berlaku keguguran.

"Mungkin juga salah saya ketika itu yang tidak cukup rehat dan terlalu penat bekerja.

"Namun nak buat macam mana mungkin belum rezeki kerana saya hanya dapat tahu saya hamil bila saya sudah keguguran.

"Bagaimanapun saya tak putus asa untuk mendapatkan zuriat saya sendiri bersama suami dan berserah pada rezeki daripadaNya," katanya kepada Astro Gempak.

Jue ditemui ketika majlis perlantikannya sebagai duta  produk kecantikan Queen of Mutiara di Kepong petang tadi.

Jue yang berkahwin dengan pemuzik Indonesia, Bayu Daniels telah mempunyai seorang anak angkat Darwish yang kini berusia empat tahun.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru, Jue baru sahaja tamat penggambaran drama Rombongan Marhaban Sesat Jalan.