eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Transformasi Dari Gemuk Ke Sasa Amir Khan

VIDEO pelakon Bollywood, Aamir Khan dari gemuk ke sasa menjadi viral selepas dimuatnaik ke Facebook dengan hashtag #AamirKhanFatToFit.

Dalam video tersebut, Aamir yang 'boroi' terpaksa menjalani transformasi untuk penggambaran filem barunya, Dangal.

Motivasinya ketika itu adalah untuk menurunkan berat sebanyak 97 kilogram dan beliau mencapainya dalam masa lima bulan.

"Pernafasan anda berubah bila anda gemuk, bahasa badan anda juga berubah. Cara anda bercakap, cara anda duduk, berdiri. Semuanya berubah, kata Aamir dipetik laporan Tribune.

Pengarah filem Dangal, Nitesh Tiwari memuji dan kagum dengan 'semangat besi' Aamir kerana bekerja dengan keras.

Video berkenaan didakwa dihasil dengan tujuan memberi inspirasi kepada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan mahu berubah untuk gaya hidup yang lebih sihat.