eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Bukan Mudah Kekalkan Momentum Berlakon Drama Bersiri - Fasha Sandha

Bukan Mudah Kekalkan MomentuPelakon Fasha Sandha akui bukan mudah untuk bagi sesorang berlakon untuk berlakon dalam satu siri drama yang paling panjang.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 33, berkata, sebagai seorang pelakon dia harus mengekalkan momentum emosi untuk menghayati watak yang diberikan selama 100 episod.

"Drama bersiri Lara Aishah merupakan satu siri paling panjang yang pernah saya lakukan sepanjang karier bergelar seorang pelakon.

"Sebenarnya banyak cabaran yang dilalui kerana bukan mudah untuk kekalkan emosi kerana saya memerlukan lebih mainan emosi yang sangat tinggi untuk melakonkan watak Aishah.

"Namun saya bersyukur kerana drama ini menjadi fenomena dan mendapat tempat di hati penonton meskipun ia merupakan drama yang berepisod panjang.

"Saya juga telah melakukan yang terbaik sepanjang melakonkan watak Aishah dan ia merupakan satu pencapaian terbaik dalam karier lakonan saya," katanya 

Fasha berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai perasaannya selepas lakonannya dalam drama bersiri Lara Aishah mendapat tempat di hati penonton, baru-baru ini.

Tambah Fasha, dia juga bersyukur kerana berjaya melakonkan aksi lasak sendiri supaya ingin menampakkan lakonannya kelihatan semulajadi.  m Berlakon Drama Bersiri - Fasha Sandha