Diana Amir Timang Cahaya Mata Kedua 'Baby Girl'

Tahniah kepada pelakon Diana Amir kerana selamat menimang cahaya mata perempuan keduanya, pagi semalam (Rabu).

Bayi seberat 3.19 kilogram itu dilahirkan pada jam 5.55 pagi secara normal di Hospital UMRA, Shah Alam dan berita gembira tersebut telah dikongsi di laman sosial Instagramnya.

Menerus entri yang dimuatnaik Diana, dia turut memberitahu bayi berada dalam keadaan sihat.

“Taknak cerita sakit bersalin macam mana, yang penting baby sihat dan Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan ini! Husband and I am very happy and grateful! Babykhawlah tolong jaga adik ya hahaha. I love you both.”

Ruangan komen pada entri tersebut turut dihujani ucapan tahniah daripada para pengikut Diana di laman sosial tersebut.

Diana turut memberi bayangan tentang nama bayi keduanya apabila meletakkan hashtag #babyk pada kapsyen di foto kedua yang dimuatnaiknya.

Diana dan suami, Mohd Habib Bullah A. Rahman mendirikan rumah tangga pada 26 Oktober 2013 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Khaulah Al Azwar pada 8 Mac 2015.


Diana Amir Timang Cahaya Mata Kedua 'Baby Girl' Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment