eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Encik Suami Mat Salih Celup ,Lakonan Daler Yusuf Dan Nelydia Senrose

Drama adaptasi novel Encik Suami Mat Salih Celup karya Yumi Hyra akan menghiasi slot Dahlia TV3. Menampilkan gadingan baru Daler Yusuf dan Nelydia Senrose sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Hashim Rejab. Nantikan tayangannya di TV3. 

JUDUL : ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENULIS NOVEL : Yumi Hyra
PENGARAH : Hashim Rejab
TERBITAN : Zamriez Golden Pictures
PELAKON : Daler Yusuf, Nelydia Senrose, Fikhree Bakar, Nadiyah Shahab, Ozlynn, Zila Bakarin, Nor Albaniah

WATAK PELAKON 
Daler Yusuf sebagai Ian Hadif
Nelydia Senrose sebagai Iman Amani
Fikhree Bakar sebagai Naim Hadri 

SINOPSIS ENCIK SUAMI MAT SALIH CELUP
Kisah antara Iman Amani dan Ian Hadif bermula apabila pertunangan antara Iman Amani dengan Naim diputuskan beberapa minggu sebelum tarikh ijab kabulnya. Bagi menutup rasa malu keluarga, Iman Amani menerima cadangan ibunya untuk mengahwini anak rakan ibunya iaitu Ian Hadif. 

Setelah diijab kabulkan, ibu mentua Iman Amani memintanya untuk 'memelayukan' Ian Hadif yang selama ini membesar di luar negara. Mereka mula mengenali antara satu sama lain. 

Rumahtangga yang berwarna-warni mula hilang warnanya. Bekas tunangnya, Naim muncul semula, mahukan Iman kembali. Mengeruhkan lagi keadaan munculnya seorang model cantik jelita yang mengaku dirinya tunang kepada Ian membuatkan Iman mula pasrah dan redha. Iman mula menjalankan idea gilanya dan Ian semakin menjauhkan diri.