Kerana Anisa Drama Lakonan Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad

Nantikan drama terbaru terbitan Enuja Production Sdn Bhd berjudul Kerana Anisa. Ditunjangi oleh Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad dan Sura Sojangi. Drama bersiri arahan Jamal Khan itu bakal menemui penonton bermula 9 Januari ini, disiarkan setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

JUDUL : KERANA ANISA
EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 9 Januari 2017
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : Enuja Production Sdn Bhd
PELAKON : Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad, Sura Sojangi, Uqasha Senrose, Syaffiq Sahli, Aman Graseka, Ellie Suriati, Ira ghani, Shaharudin Thamby

WATAK PELAKON
Zara Zya sebagai Anisa
Mustaqim Bahadon sebagai Syukri
Fahrin Ahmad sebagai Zahid
Sura Sojangi sebagai Adira
Uqasha Senrose sebagai Laili
Ira ghani sebagai Puan Rozana

LAGU TEMA / OST KERANA ANISA 
Tajuk Lagu : Bagaimana
Penyanyi : Elji

SINOPSIS KERANA ANISA
Mengisahkan Anisa dan Syukri yang berkawan baik di kampung. Anisa mempunyai impian besar dalam hidup apabila bercita-cita menjadi peguam dan meminta Syukri menjadi 'guru' dan penguat semangatnya.

Bagaimanapun, bapa Anisa, Long Yahya menentang persahabatan Syukri dan Anisa. Selepas Anisa tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Syukri berangkat ke London untuk menyambung pengajian namun mereka meneruskan hubungan menerusi surat.

Satu hari, Anisa dikejutkan dengan rombongan peminangan daripada Zahid. Zahid terpikat dengan kejelitaan Anisa dan menggunakan kekayaan orang tuanya untuk beli hati walid. Anisa menentang kerana mahu meneruskan pelajaran, ditambah pula dia lulus SPM dengan cemerlang sekali. Namun, Anisa tetap dipaksa untuk berkahwin. Selepas berkahwin, Zahid bertindak kejam terhadap zahir dan batin Anisa.

Malah, Zahid makin menyakiti Anisa apabila mendapat tahu tentang hubungan Anisa dan Syukri.
Kerana Anisa Drama Lakonan Zara Zya, Mustaqim Bahadon, Fahrin Ahmad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment