eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Saya Akan Mempertimbangkan Untuk Berlakon Semula - Anuar Zain

Penyanyi Anuar Zain mengakui akan mempertimbangkan semula untuk kembali aktif berlakon selepas lakonannya dalam muzik video Andainya Takdir mendapat perhatian ramai.

Anuar Zain atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, 47, berkata, selepas membuat percubaan dalam filem Soal Hati disusuli Bintang Hati dia harus berfikir secara mendalam sebelum menerima semula tawaran lakonan.

"Lakonan saya dalam muzik video Andainya Takdir yang menceritakan mengenai kisah keluarga dipertontonkan menerusi YouTube, banyak pihak dan peminat menginginkan saya untuk berlakon semula.

"Jiwa saya sebenarnya pada nyanyian dan bukanlah pada lakonan namun untuk klip video lagu sendiri, saya tiada masalah melakukannya.

"Jika ada pihak yang ingin  mahu saya berlakon semula selepas membuat percubaan dalam filem Soal Hati dan Bintang Hati, nampaknya saya harus fikirkan semula secara mendalam.

"Jiwa saya sebenarnya lebih kepda nyanyian jadi saya juga tidak menolak jika mendapat tawaran lakonan dan ia sebenarnya bergantung kepada keadaan dan keperluan," katanya 

Anuar berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Anuar Zain Album Tour 2017 dan Muzik Video "Cinta Takkan Berakhir", di Le Meridian, Kuala Lumpur, baru-baru ini.