Siti Nordiana Tiru Gaya Artis Bollywood Nyanyi Lagu Hindi

Penyanyi terkenal Siti Nordiana bakal menyanyikan lagu Hindi serta meniru gaya artis Bollywood terkemuka.

Semuanya bakal disaksikan dalam program terbaru berjudul Bollywood Express yang bakal menemui peminat pada setiap Ahad bemula 29 Januari ini di Astro Tara HD (saluran 108).

Menerusi Bollywood Express yang berdurasi 30 minit, rancangan tersebut bakal menampilkan selebriti Melayu popular Malaysia yang menjadi peminat tegar Bollywood. Selebriti-selebriti tersebut akan melakukan lakonan semula, tiru gaya artis, menyanyi dan berkongsi apa sahaja mengenai dunia Bollywood.

Selain Siti Nordiana, antara selebriti yang terlibat dalam program Bollywood Express Nubhan, Syamel, Ernie Zakri, Erra Fazira, Miera Leyana, Marsha Milan dan ramai lagi. Program Bollywood Express akan bersiaran setiap Ahad pada jam 7.00 petang.




Siti Nordiana Tiru Gaya Artis Bollywood Nyanyi Lagu Hindi Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment