eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Teater Mak Cun D'Walei

DIRWALE ertinya berjiwa besar. Itulah Mak Cun. Insan yang tak kenal erti putus asa. Mak Cun telah di anugerahkan duta usahawan desa. Berkobar-kobarlah semangat Mak Cun nak mengangkat produk-produknya ke persada dunia. Penganugerahan itu telah memberi semangat bukan sahaja kepadanya tetapi kepada usahawan-usahawan desa yang lain. 

Mak Cun turun naik kedai dan supermarket untuk mempromosikan produknya namun takde siapa berminat nak pasarkan produk yang tak popular. Mak Cun geram dan nekad nak buktikan pada mereka yang produk dia boleh popular satu hari nanti. Lalu dia mengajak kawan usahawan yang lain untuk mengikuti sebuah festival bazaar halal food di Kuala Lumpur. Mak Cun mahu jadikan bazar ini sebagai tempat untuk dia mempromosikan produk dia. Kononnya sebagai strategi marketingnya. Beriyalah mereka mempersiapkan produk mereka untuk festival itu.

Malangnya semangat mereka mati bila barang jualan mereka tak laku. Semuanya berpunca kerana artis-artis turut sama buka booth di situ. Maka ramai pengunjung serbu booth artis saja. Mana tidaknya Amy Search jual asam pedas sambil menyanyi...Fathia jual tudung sambil tergedik-gedik manja...Rona artis indonesia jual perfume dengan senyuman saja, tersangatlah hancurnya hati Mak Cun dan usahawan lain kerana terpaksa pulang dengan kerugian.

Mak Cun nekad nak upgrade kan produknya supaya selepas ini orang akan kerumun boothnya kerana kehebatan produknya bukan populariti seperti artis. Manisah cadangkan Mak Cun supaya mendapatkan perkhidmatan dari kilang rempah di India kerana rempah India terkenal satu dunia. Mak Cun terpengaruh. Mak Cun bersemangat hendak ke India. Pak Akob tak setuju dan cuba menyakinkan Mak Cun yang orang Malaysia pun mampu buat rempah yang sedap. Namun Mak Cun berdegil. Manisah sibuk menawarkan diri untuk menemani Mak Cun. Mak Cun setuju untuk membawa Manisah menemaninya.

Mak Cun dan Manisah berangkat ke India. Seperti biasa Mak Cun dengan harapannya yang begitu tinggi namun berbeza dengan Manisah. Yang saja-saja nak makan angin. Memandangkan inilah pertama kali mereka menjejak kaki ke India maka tidaklah semudah yang disangkakan. Banyak dugaan dan rintangan yang terpaksa di tempuhi. Muncul Rahul bos perusahaan rempah itu. Sebaik terpandang sahaja Rahul, Manisah terus jatuh cinta. Mak Cun sibuk nak bincang business manakala Manisah tak habis nak main cinta dengan Rahul. Rahul dan Manoj gagal didalam perniagaan mereka sehingga kilang mereka ditutup. Pekerja-pekerja mogok kerana tak dibayar gaji. Bagaimana agaknya Mak Cun hendak merealisasikan impiannya membuat rempah di kilang Rahul...berjayakah Mak Cun?