eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Yasmin Hani Dedah Wajah Anak, Beri Nama Eissa Elzander Wong

Pelakon Yasmin Hani akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya selepas sembilan hari si comel itu dilahirkan.

Foto bayi tersebut dikongsi sendiri oleh Yasmin menerusi Instagram (IG) nya semalam.

Menerusi kapsyen yang tulis, Yasmin juga turut mendedahkan nama bayi lelaki keduanya itu.

“Bismillahirahmanirahim.. Announcing our new boy Eissa Elzander Wong. Semoga Allah melindungi dan merahmati ahli baru keluarga kami ini.

“Moga Allah limpah kurniakan keberkatan, kasih sayang dan kesihatan kepada keluarga kecil kami ini. Welcome to the world son. Noah pun kata yang dia akan jaga Eisa.

"@noahismailwong @eissaelzanderwong #noaheissa #7daysoldtoday #eissaelzanderwong (This photo was taken on the 29th of December 2016 when Eisa was 2 days old. Awesome photography by our friend @talestotell),” tulisnya.

Dalam pada itu, sama seperti anak pertamanya, Noah, Yasmin juga telah memilih untuk membuka satu akaun IG buat Eissa.


Walaupun masih baru dibuka, Eissa kini telah mempunyai hampir 900 pengikut diakaun tersebut.
Setakat ini IG berkenaan baru saja mempunyai tiga foto yang dimuatnaik dengan kapsyen lucu beserta mimik muka Eissa yang comel.

“Tengah usha kawasan.. checking my hood. Sapa depa ni semuaaaaa? #eissaelzanderwong.”