eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Jangan Ikut Aku Slot Seramedi Lakonan Emma Maembong, Dazrin Kamarudin



Drama bersiri Jangan Ikut Aku akan menemui penonton di slot Seramedi TV3. Drama terbitan Orangetree Production itu diarahkan oleh Azmi Hatta. Membariskan ramai pelakon sepeti Anas Ridzuan, Benladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, Emma Maembong, Reen Rahim, dan ramai lagi. Akan ditayangkan mulai 10 Julai 2017, setiap hari Isnin hingga Rabu jam 10 malam di TV3. 

JUDUL : JANGAN IKUT AKU  
EPISOD : 12 episod 
TARIKH TAYANGAN : 10 Julai 2017 
HARI / MASA : Isnin-Rabu, 10.00 malam 
SIARAN : Slot Seramedi TV3 
PENGARAH : Azmi Hatta 
TERBITAN : Orangetree Production 
PELAKON : Anas Ridzuan, Benladin, Syanie, Dazrin Kamarudin, Aishah Azman, A.Galak, Emma Maembong, Reen Rahim, Supyan Kepoh, Kazar Saisi, Azzahra Ahmad, Marisa Yasmin, Azman Jantan, Gbob, Tash Yong, Afzan A Rahman, Acong Sweetchild, Abil, Henzi Andalas
SINOPSIS JANGN IKUT AKU
Akil dan Nabil bersama rakan-rakan mereka Lan dan Tahir berkhemah di sungai tempat mereka sering memancing. Akil mula merasakan ada sesuatu yang tidak kena setalah dia membuang air di salah satu kawasan sungai ketika perkhemahan tersebut.

Setelah pulang dari Kampung, Akil mula mengalami pelbagai peritiwa yang pelik seperti Nabil yang membuat perangai seperti budak kecil dihadapannya. Sebenarnya Nabil telah dirasuk jin peliharaan Tok Misai. Sebelum keluar bekerja, Akil ternampak kelibat jin-jin peliharaan Tok Misai. Oleh kerana takut diganggu lagi, Akil pulang ke kampung untuk berubat dengan Tok Misai tetapi dia terkejut apabila Mak Mah memberitahu bahwa Tok Misai telah meninggalkan dunia kerana dibunuh.