Drama Di Sebalik Wajah Lakonan Diana Danielle, Aliff Aziz dan Hefny Sahad

SINOPSOS DRAMA

Drama kedua dari HyppTV ini sebenarnya menceritakan akan kehidupan Nadia (Diana Danielle) yang mana isteri kepada Amir Hisham (Aliff Aziz) yang pada mulanya ditimpa kecelakaan dan terpaksa melakukan pembedahan plastik gara-gara kecederaan teruk yang dialaminya.

Nadia yang koma selepas kemalangan tersebut tersedar dan mengalami kekeliruan akan identiti dirinya sendiri. Berdasarkan orang di sekelilingnya, Nadia dikenali sebagai Nadia Sabrina Syamsul dan isteri kepada Amir yang mana merupakan pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

Nadia turut dihantui dengan ilusi dan panggilan misteri yang memberitahunya untuk membunuh suaminya dan dalam masa yang sama dia sering terbayang akan seorang lelaki bernama Fared Hanafi (Red). Red telah kehilangan teman wanitanya iaitu Elisa pada hari yang sama Nadia ditimpa kemalangan dan Amir telah ditembak.

Nadia dan Red mengesyaki yang misteri kehilangan Elisa sebenarnya berkaitan dengan kemalangan yang menimpa Nadia dan insiden tembakan Amir. Dalam usaha Nadia untuk mengembalikan memorinya, Nadia bersama Red berpakat untuk menyiasat misteri yang tidak terungkai itu tetapi hubungan mereka telah menyebabkan salah faham di antara Nadia dan suaminya, Amir.

Persoalan akan bagaimana hubungan Nadia dan Amir berakhir serta adakah Red bakal menemui jawapan di sebalik kehilangan Elisa, segalanya terjawab pabila anda mengikuti 30 episod penuh Di Sebalik Wajah yang akan mula bersiaran pada 1 Mei nanti di saluran Hypp Sensasi.

Drama tersebut bakal ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa pada jam 9 malam.


Drama Di Sebalik Wajah Lakonan Diana Danielle, Aliff Aziz dan Hefny Sahad Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment