eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Semusim Rindu Lakonan Ben Amir, Intan Ladyana

Drama bersiri adaptasi novel Semusim Rindu karya Aleya Aneesa akan disiarkan menerusi slot Tiara (Astro Prima). Sebuah drama terbitan MIG Prouction ditunjangi oleh Ben Amir dan Intan Ladyana. Nantikan tayangannya bermula 20 Mei ini di saluran Astro Prima dan Maya HD 

JUDUL : SEMUSIM RINDU 
TARIKH TAYANGAN : 29 Mei 2017
HARI / MASA : Isnin – Jumaat, 6.00 petang
SIARAN : Astro Prima &  Maya HD 
PENULIS NOVEL : Aleya Aneesa
PENGARAH : Ejump Zahir
TERBITAN : MIG Production Sdn Bhd
PELAKON : Ben Amir, Intan Ladyana, Aizat Hassan, Yerlly Yarifin, Dayang Areeda, Haliza Misbun, Kartina Aziz

WATAK PELAKON 
Ben Amir sebagai Ikhman
Intan Ladyana sebagai Hajar / Hani
Dayang Areeda sebagai Hanna 
Haliza Misbun sebagai Datin Nasriah
Kartina Aziz sebagai Nazimah

SINOPSIS SEMUSIM RINDU 
Mengisahkan Hajar Adira yang kehilangan kedua ibu bapanya sejak berumur 5 tahun, sejak itu dia tinggal bersama ibu saudaranya, Nazimah. Hajar selalu didera oleh Nazimah. Tidak tahan dengan penderaan fizikal dan mental yang terpaksa dilalui selama 5 tahun, Hajar nekad melarikan diri ke Johor untuk bertemu dengan Mak Ngah Nasriah. Namun, setibanya di Johor Bahru Hajar hilang punca tanpa mengetahui arah untuk dituju. Pertemuannya dengan Firdaus yang sedang menunggu ketibaan isterinya, Fauziah telah membawa Hajar ke dalam kehidupan suami isteri itu yang masih belum dikurniakan zuriat. 

Muncul pula Ikhman, lelaki yang suka sangat meyakitinya. Ikhman telah jatuh hati pada Hajar, namun keegoannya menjadi penghalang untuk berterus-terang. Pertemuaan mereka itu juga membuka jalan untuk Hajar bertemu dengan keluarga kandungnya. Kehadiran Pak Usu Halil selepas 15 tahun mencarinya masih sukar dimaafkan Hajar.

Hajar dan Ikhman pula setuju disatukan walaupun, Hajar masih sangsi akan perasaannya. Perkahwinan mereka berlangsung dengan syarat, mereka takkan tinggal sebumbung selepas berkahwin.