eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Perempuan Paling Bahagia Lakonan Zahiril Adzim, Shera Aiyob

Nantikan drama Perempuan Paling Bahagia adaptasi novel karya Syamnuriezmil yang bakal mengisi slot Raihana di saluran Astro Oasis. Menampilkan gandingan suami isteri Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. Diarahkan oleh Jamal Khan diabwah terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Akan ditayangkan pada bulan September 2017. 

JUDUL : PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
TARIKH / MASA : September 2017
SIARAN : Astro Oasis & Maya HD
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Jamal Khan 
TERBITAN : Pena Creative Pictures
PELAKON : Zahiril Adzim, Shera Aiyob, Luqman Hafidz, Sara Ali, Liza Abdullah, Ako Mustapha

WATAK PELAKON 
Zahiril Adzim sebagai Rafa 
Shera Aiyob sebagai Arissa 
Luqman Hafidz sebagai Rafi

SINOPSIS PEREMPUAN PALING BAHAGIA 
Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya