eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Mandatori Lakonan Aeril Zafrel, Siti Saleha

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama Mandatori adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid yang bakal menyaksikan gandingan mantap Aeril Zafrel, Siti Saleha, Alvin Wong, Iedil Putra dan ramai lagi. Drama siri ‘crime-thriller ini hadir dalam enam episod. Diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Akan mula ditayangkan di di Astro First Eksklusif saluran 480 dan On Demand mulai 14 Disember 2017.

JUDUL : MANDATORI 
EPISOD : 6 episod 
TARIKH TAYANGAN : 14 Disember 2017 
SIARAN : Astro First Eksklusif saluran 480  
PENULIS NOVEL : Ramlee Awang Murshid 
PENGARAH : Razaisyam Rashid 
PELAKON : Aeril Zafrel, Siti Saleha, Iedil Putra, Alvin Chong, Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Vanidah Imran, Susan Lankaster, Jo Kukathas, Meor Hashim Manap, Amerul Affendi, Chew Kin Wah




SINOPSIS MANDATORI 

Mengisahkan tentang seorang ‘profiler’ jenayah, Inspektor Norman (Aeril Zafrel) yang menyiasat kes pembunuhan bersiri yang dilihat berkait rapat di antara satu sama lain. Ia membuka kembali kes-kes jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu dan lebih merumitkan apabila setiap siasatan yang dijalankan Norman akan membawa beliau kepada sebuah lagi kes pembunuhan baru. Norman semakin keliru kerana seorang demi seorang yang beliau kenal mati dibunuh dengan kejam dan pembunuh itu akan meninggalkan petunjuk yang sama iaitu patung mainan ‘Inspektor Carlos’ dan kertas tulisan ‘Case Closed’ yang mana ada ketikanya dijumpai dalam bahagian badan si mati.

Dalam kesibukan Inspektor Norman menjalankan penyiasatan dengan rakan setugas beliau, Detektif Chief Inspektor Kelvin Chan (Alvin Chong), beliau berkenalan dengan Juliana (Siti Saleha) yang merupakan anak kepada salah seorang ahli perniagaan berjaya dan pemilik Johari Corp, Tuan Johari (Dato’ Ahmad Tamimi Siregar) dan keluarga ini merupakan suspek utama kepada beberapa kes jenayah yang berlaku. Norman mula menyukai Juliana namun pelbagai dugaan yang berlaku menyukarkan lagi keadaan. Apa yang akan jadi seterusnya? Siapakah dalang di sebalik kes pembunuhan bersiri yang berlaku?