Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Lakonan Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies


 Nantikan drama adaptasi novel Tak Ada Cinta Sepertimu karya Anna Milia yang akan mengisi slot MegaDrama di Astro Ria. Dibintangi oleh Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika dan ramai lagi. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Jamal Khan dan skrip oleh Rehal Nuharis. Bakal menemui penonton pada bulan March nanti. 

JUDUL : TAK ADA CINTA SEPERTIMU 
TARIKH TAYANGAN : March 2018 
SIARAN TV : Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123) 
PENULIS NOVEL : Anna Milia 
PENGARAH : Jamal Khan  
TERBITAN : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd 
PELAKON : Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies, Fadlan Hazim, Nik Adam Mika, Hazman Al-idrus, Alif Muhaimin, Zarina Zainuddin

WATAK PELAKON 
Syafiq Kyle sebagai Hazran Widad 
Zahirah Macwilson sebagai Athea
Nik Adam Mika sebagai Qaleef 
Ruhainies sebagai Bella 
Fadlan Hazim sebagai Azam 

SINOPSIS TAK ADA CINTA SEPERTIMU

Permulaan hubungan Athea dan Hazran tidak pernah aman. Bermula insiden berebut penadol di kedai runcit, kereta Athea yang menghalang kereta Hazran, cermin tingkap dipecahkan anak Athea dan sehinggalah mencuri kucing Hazran dinamakan Smokey atau Lulu. Namun, Smokey jugalah yang merapatkan hubungan mereka. Hazran malah baik dengan anak Athea, Qarleef.

Keakraban Hazran dan Athea di gunakan Kamarul untuk memfitnah mereka demi merebut Bella, tunang Hazran. Kamarul, boss Bella memang menaruh hati dengan Bella sejak dulu lagi. Sekali lagi, Athea disalah erti sehingga menjauhkan hubungannya dengan Hazran dan anak-anak Athea.

Kemunculan Azam semakin merumitkan keadaan dan menjarakkan hubungan mereka. Namun, sejarah berulang dalam hidup Athea apabila Azam tidak sanggup memikul beban Athea yang bertambah. Hazran apabila mengetahui hal itu, cuba untuk meraih kasih Athea kembali. Namun, setelah dua kali dikecewakan, hati Athea sukar untuk menerima Hazran. Sehinggalah ibu bapa Hazran masuk campur.
Drama Tak Ada Cinta Sepertimu Lakonan Syafiq Kyle, Zahirah Macwilson, Ruhainies Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Keli Merah

0 comments:

Post a Comment