eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Telemovie Uniknya Cinta Lakonan Hazama, Azar Azmi, Zoey Rahman

Saksikan telefilem sempena Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) berjudul Uniknya Cinta. Dibintangi oleh Hazama, Azar Azmi, Zoey Rahman, Ruhainies, Fauzi Nawawi dan ramai lagi. Telefilem romantik komedi arahan Shuhaimi Lua ini akan ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3 pada 3 Februari depan, jam 10 malam.

JUDUL : UNIKNYA CINTA 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 3 Februari 2018, 10.00 malam 
SIARAN TV : Slot Cerekarama TV3 
PENGARAH : Shuhaimi Lua 
TERBITAN : Tanah Beris Film Production 
PELAKON : Hazama, Azar Azmi, Zoey Rahman, Munna Bella, Ruhainies, Fauzi Nawawi, Catriona Ross, Ridzuan Hashim, Zek Zamri

SINOPSIS UNIKNYA CINTA

Erman jatuh cinta dengan Amalina setelah mereka digandingkan untuk menari tarian Bollywood. Sebenarnya, Amalina tidak mengetahui yang Erman merupakan anak kepada ketua gangster terkenal.