eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Mawar Murni Lakonan Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf

Nantikan drama bersiri Mawar Murni yang bakal menampilkan gandingan Mimi Lana, Fasha Sandha, Saharul Ridzwan dan Amar Asyraf. Sebuah drama terbitan Sha's Media Sdn Bhd dibawah arahan Hashim Rejab. Akan menemui penonton di slot Samarinda TV3 mengantikan drama Bahagia Bukan Bidaan pada bulan Oktober nanti.

JUDUL : MAWAR MURNI 
JUMLAH EPISOD : 15 episod  
TARIKH TAYANGAN : Oktober 2018 
WAKTU SIARAN : Isnin-Rabu, 10 malam 
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3 
PENGARAH : Hashim Rejab 
TERBITAN : Sha's Media Sdn Bhd 
PELAKON : Saharul Ridzwan, Mimi Lana, Fasha Sandha, Amar Asyraf, Ridzuan Hashim, Wan Nor Azlin, Watie Sadali, Kazar, Wanna Ali, Adam Shah, Carolina Binur, Izzy Reef

WATAK PELAKON

Mimi Lana sebagai Mawar
Fasha Sandha sebagai Murni
Saharul Ridzwan sebagai Harris
Amar Asyraf sebagai Qalif

SINOPSIS MAWAR MURNI

Mengisahkan Aziz, seorang ahli perniagaan yang berjaya namun menghadapi konflik dalam kehidupannya. Aziz mempunyai dua orang isteri, iaitu Ramona dan Mahani.Aziz mempunyai dua orang anak dengan Ramona, iaitu, Qalif dan Keisya. Murni merasakan dirinya dipergunakan oleh Ramona, dan merasakan dirinya seperti orang suruhan yang disuruh membuat pelbagai kerja. Murni sebenarnya sudah berkahwin dengan Aziz secara rahsia. Namun, sepanjang perkahwinan mereka Murni terpaksa ‘berlakon’ dengan Aziz yang kononnya mereka tidak mempunyai apa-apa hubungan. Ramona dan Mahani, pula langsung tidak mengetahui yang sebenarnya Aziz mempunyai isteri yang ketiga. Kemuncaknya, Aziz ditemui meninggal dunia di rumah banglo istirehatnya dan kematiannya misteri kerana hasil pemeriksaan dia dipercayai diracun oleh seseorang.