eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Drama Suami Untuk Disewa Lakonan Tiz Zaqyah, Fattah Amin

Nantikan drama adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Mempertemukan gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. Akan menemui penonton pada bulan November nanti.

JUDUL : ISTERI UNTUK DISEWA 
TARIKH TAYANGAN : November 
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam 
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132 
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil 
PENGARAH : Osman Ali 
TERBITAN : Nuansa Sdn Bhd 
PELAKON : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar

WATAK PELAKON

Tiz Zaqyah sebagai Nur Adreiana
Fattah Amin sebagai Noah Ryzal 
Halim Radzi sebagai Suffi Naufal
Zaki Azeman sebagai Imtiyaz Irdad
Harris Annuar sebagai Putera Raiyan

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyelesaikan masalah hubungan percintaan. Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Bukan Noah sahaja, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?