Ads Top

Amaran Ribut Petir Di Beberapa Kawasan Di Enam Buah Negeri


Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.


Kawasan yang dijangka terlibat bagi negeri-negeri Semenanjung Malaysia sehingga jam 5 petang ini ialah Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu (Kedah), (Pulau Pinang), Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar (Perak) dan Tanah Tinggi Cameron (Pahang).

Bagi kawasan yang terjejas di luar Semenanjung pula ialah Miri(Marudi) dan Limbang (Sarawak) dan Pedalaman (Sipitang, Genom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Sabah).

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutamanya bagi yang pulang daripada kerja pada petang ini.

Powered by Blogger.