eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Berdarah Hidung ,Ini Cara Hentikan Pendarahan Yang Berkesan

Perkongsian menarik mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang jika berlaku pendarahan pada hidung yang dikongsi khas oleh Dr Zubaidi Ahmad melalui laman Facebooknya telah menarik ramai pembaca untuk mengetahui perkara yang sepatutnya dilakukan dan perlu dijauhi.

Apabila hidung anda berdarah :

1. Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.

2. Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.

3. Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.

4. Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.

5. Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.

6. Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.


Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada :

1. Menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda

2. Melakukan kerja-kerja berat

3. Menghembus hidung

Ingatlah bahawa pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti.

Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti.


Semoga ia membantu danbermanfaat untuk anda dan kongsikan pada keluarga tentang informasi yang menarik ini.