Ads Top

Cerita Balik Malaysia Tak BetuL, Dr. Amalina Minta Hormat Privasi Adik Ainul




Berikutan itu, Dr. Amalina yang merawat Ainul memberi pesanan kepada kita semua agar memberi ruang kepada mereka sekeluarga.

“Sejak pembedahan, semakin ramai yang cakna perkembangan adik Ainul. Kami berterima kasih atas sokongan, ucapan baik dan doa kalian.

“Walaubagaimanapun, saya ingin meminta kerjasama semua agar memberi ruang dan menghormati privasi keluarga Ainul. Berita tentang kepulangan mereka tidak betul.

“Ainul masih di bawah pemantauan hospital dan akan pulang setelah dia bersedia.

“Mohon kerjasama supaya tidak berkongsi cerita berdasarkan telahan atau sumber ketiga. Kadangkala ‘kurang adalah lebih baik’.

“Pasukan perubatan di sini memerlukan kerjasama anda semua untuk kepentingan Ainul, terima kasih.”

Sebelum ini, adik Ainul dilaporkan akan pulang ke Malaysia pada hari Isnin lalu, namun rancangan tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu.

Dalam perkongsian di Instagram, ibu Ainul, Nurul Erwani turut meminta pihak media agar memberi ruang kepada mereka untuk menjaga Ainul sebaiknya.

Sementara itu, ayahnya juga pernah memaklumkan bahawa Ainul masih memerlukan ruang berikutan keadaannya yang masih fragile. 

“Buat masa sekarang, disebabkan Ainul ini terlalu fragile, doktor minta supaya kurang mendedahkan Ainul supaya risiko mendapat jangkitan dapat dikurangkan,” katanya dalam kiriman Facebook baru-baru ini.

Sebelum ini, Ainul telah mengalami jangkitan ketika dalam perjalanan menerima rawatan di London. Hal ini mendatangkan kerisauan dalam kalangan netizen sekiranya orang ramai terus mahu berjumpa bayi berkenaan setibanya mereka di tanah air nanti.

“Tak perlu beramai-ramai tunggu di lapangan terbang untuk jumpa Ainul, dia sangat-sangat fragile, takut jangkitan..”


“Beri ruang dan doakan mereka..”


Cukuplah dengan ujian berat yang menimpa mereka. Mari kita mudahkan mereka dengan memberi ruang kepada keluarga tersebut agar Ainul dapat menjalani proses penyembuhan dengan selesa.

Sumber: Dr. Amalina
Powered by Blogger.