Ads Top

Empat Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan,Selesai Urusan Tulis Wasiat

SHAH ALAM,  Empat sekeluarga maut apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam parit di Km 55 Jalan Klang-Teluk Intan pada kira-kira pukul 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Kuala Selangor, Supt Md Asri A Wahab berkata mereka yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Ahmad Awang berusia 56 tahun, isterinya Hayati Mohd Zain, 57, kakak kepada Hayati, Norriyah Mohd Zain, 61, dan ibu mereka Khamisah Saleh, 77.

Beliau berkata polis menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada kira-kira pukul 2.00 petang tadi, dan berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dipandu oleh Ahmad dari arah Klang terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum terjunam ke dalam parit.

“Kesemua mereka yang tersepit akibat kemalangan itu meninggal dunia di tempat kejadian, dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Md Asri berkata beliau difahamkan kejadian berlaku selepas empat sekeluarga itu baharu sahaja selesai menjalankan urusan menulis wasiat, dan dalam perjalanan menghantar ibu mereka untuk pulang ke Tanjong Karang.

Katanya semua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi tujuan bedah siasat.

Sumber: Bernama
Powered by Blogger.