eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Giliran Tapir Pula Lawat ,Selepas Awang Besul


Terbaru, Jabatan Perhilitan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Seremban dilaporkan telah berjaya menyelamatkan seekor tapir yang dipercayai tersesat ke kawasan perumahan Lavender Heights, Senawang, Negeri Sembilan.


Menurut laman Facebook Angkatan Pertahanan Awam Seremban, mereka telah menerima laporan mengenai kehadiran haiwan berkenaan daripada penduduk dan terus menghantar anggota dan pegawai ke lokasi kejadian.

Mereka berjaya mengepung tapir tersebut dalam halaman sebuah rumah sebelum menghubungi Jabatan Perhilitan seterusnya menangkap haiwan terbabit.

Tapir itu kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan selanjutnya.