Ads Top

Kanak-Kanak Mati lemas Jatuh Parit

Kuala Lumpur : Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun​​​​​​ mati lemas, selepas terjatuh ke dalam parit berhampiran sebuah apartmen di Rawang, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, Muhammad Amin Shah Safaruddin dikatakan bermain bersama rakannya di kawasan berhampiran Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, sebelum terjatuh ketika cuba mengambil kasutnya yang hanyut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata mayat Muhammad Amin Shah ditemui anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada kira-kira 3.45 petang.

 “Mangsa ditemui tidak jauh daripada dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi dan menambah mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Katanya, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Sentosa dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.20 petang.

Sumber : Bernama
Powered by Blogger.