eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pelik Kenapa Remote Tv Boleh Berfungsi Lepas Berkali-kali Diketuk Belakang..Ini Jawapannya


Remote Kawalan Jauh atau Remote Tv amat penting untuk kita menukar siaran tv tanpa perlu bangun dari tempat kita duduk atau baring ,tapi pasti diantara kita megalami masalah yang sama iaitu remote kawalan tiba-tiba tidak berfungsi seperti biasa pastinya kita akan mengetuk mahupun mengoncang agar remote tersebut dapat berfungsi kembali hairan bukan tapi cara itu amat berkesan sekali persoalannya kenapa ia dapat berfungsi semula.

Walaupun memang terbukti melalui teknik ini membuatkan alat tersebut boleh berfungsi semula, namun ramai yang tertanya-tanya bagaimanakah tindakan seperti itu dapat membuatkan alat kawalan jauh itu kembali berfungsi?

Bagi menerangkan mengenai ‘keajaiban’ ini, anda perlu mengetahui terlebih dahulu mengenai punca utama masalah alat kawalan jauh ini tidak berfungsi dengan baik.

Alat kawalan jauh televisyen menggunakan bateri bagi punca kuasa yang membolehkan alat tersebut berfungsi. Bateri yang digunakan dalam alat kawalan jauh tersebut berpotensi untuk berada di dalam alat tersebut dalam tempoh yang agak lama. Disebabkan itu, lapisan pengoksidaan terbentuk antara spring terminal dan penghubung bateri sepanjang bateri yang sama digunakan. Lapisan oksida itu mempunyai ketahanan yang tinggi iaitu dapat menyekat aliran arus untuk melaluinya. Kesannya, voltan akan terjejas serta berkurangan menyebabkan alat kawalan jauh tersebut tidak berfungsi dengan baik.


Oleh yang demikian, dengan menghentak dan mengoncangkan alat kawalan tersebut, ia dapat menyalurkan semula arus tenaga dan membolehkan alat tersebut digunakan semula. Kaedah ini juga dikenali sebagai penyelenggaraan ‘Percussive’ yang turut dilakukan pada bateri kereta, televisyen dan juga mesin fotokopi.

Langkah ini lebih jelas dapat membantu alat kawalan jauh anda berfungsi  kerana dengan menampar atau memukul alat kawalan jauh secara asasnya dapat meletakkan semula hubungan bateri pada kedudukan yang sebenar.

tapi peringatan jangan kita ketuk kepala orang pulak sakit nanti 

sumber:  ScienceABC