eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Pesan Ayah Pada Ainul Ini Bikin Sebak “Anakku, Bila Besar Nanti Janganlah Lupa Pada Mereka Yang Membantumu,”


Setelah hampir satu bulan berada di bumi London, akhirnya ‘Buah Hati Malaysia’ Ainul Mardhiah bakal kembali ke negara berdaulat ini. Sebelumnya, bayi berusia sembilan bulan ini telah selamat menjalani pembedahan di sana. Menurut Nurul Erwani di laman instagram, anaknya itu akan menyambung proses rawatan di Malaysia.

Oleh itu, segala perancangan mengenai perkara tersebut sudah dibincangkan doktor yang terlibat. 

Namun sebentar tadi, satu hantaran yang ditulis oleh beliau nyata telah menyetuh hati netizen, terutamanya mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan anaknya itu. Safiuddin berkata:

Membesar dengan baik, Anak.

Walid dan mama akan buat apa sahaja untuk segala kebaikanmu walaupun harus melalui pelbagai cabaran dan rintangan. Apa yang walid dan mama mahu adalah melihat kamu membesar dengan normal seperti bayi atau kanak-kanak yang lain.

Bila kamu sudah besar nanti, jangan lupa bahawa pada hari ini ramai yang telah membantu dalam proses rawatan kamu. Kamu telah disayangi dan didoakan oleh ramai orang.

Mereka tidak pernah mengenali kamu apatah lagi menyentuhmu, tapi dengan sifat keprihatinan dan kasihan mereka terhadap kamu, mereka lakukannya dengan sukarela.
Anak, bila sudah besar nanti, beri lah manfaat kepada orang lain. Bantu orang yang memerlukan seperti mana orang lain yang telah membantumu ketika kamu memerlukan.

Anak, bila sudah besar, sayang lah semua orang, ucap baik baik kepada semua orang dan fikir yang baik baik kepada semua orang.

Anak, kita adalah apa yang kita fikir!