eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Punca Orang Ketiga ,Statistik Dedah Puluhan Ribu Kes Pencerian Di Malaysia

Perceraian merupakan mimpi ngeri dalam kehidupan setiap orang yang mengharapkan mahligai dibina berkekalan sehingga ke syurga. Benarlah, perkahwinan hanya satu permulaan kehidupan baru yang penuh liku.

Menurut statistik dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berdasarkan statistik permohonan Tribunal Perkahwinan sejak 2013 hingga Mei 2019, punca perceraian yang utama ialah tiada persefahaman antara pasangan, masalah kewangan dan kewujudan orang ketiga termasuk mentua.

Selain itu, kajian ke atas punca tekanan terhadap pihak isteri mendapati suami yang tidak bertanggungjawab menyumbang kepada masalah rumah tangga manakala campur tangan mentua menjadi punca tekanan terhadap pihak suami.

Perceraian sering berlaku antara pasangan dalam lingkungan umur 30 hingga 34 tahun bagi kedua-dua jantina.

Sebanyak 17,359 kes dicatatkan berpunca daripada masalah kewangan diikuti gangguan pihak ketiga (6,574 kes) serta penderaan fizikal dan mental (4,884 kes).

Menurut statistik, kes perceraian tertinggi dicatatkan berlaku di Selangor (10,861 kes) diikuti Johor (5,967 kes), Kedah (3,551 kes) dan Perak (1,249 kes).

Tidak jaga solat salah satu punca perceraian
Selain itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pasangan yang tidak solat cenderung untuk menghadapi masalah dalam perkahwinan.

“Kenapa rumah tangga bercerai berai? Kita minta berlindung daripada Allah biar keluarga kita baik-baik semua.”

“Salah satu puncanya, tak pernah solat berjemaah dan bersama-sama.

“Sebab itu Allah cerita tentang ayat cerai dalam Quran seperti dalam Al-Baqarah. Panjang cerita tengah-tengah ayat cerai tu, Allah sengaja sebut satu ayat berkenaan solat, Peliharalah semua solat dan solat wusta dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk (ayat 238), kemudian bincang balik ayat cerai.

“Ulama fikir kenapa susunan begitu. Fikir punya fikir, siapa yang jaga solat rumahtangga kukuh.”

“Kita tak akan dengar Pak De dan Mak De yang mana malam solat tahajjud bersama, solat subuh bersama, kemudian selepas Subuh Mak De masak nasi lemak di dapur, kemudian pukul 8 sarapan bersama, pukul 8.30 siap-siap pakai baju nak pergi mahkamah syariah nak bercerai.

“Kerana solat ini merupakan habluminaAllah, bila mana wujudnya habluminaAllah maka habluminannas akan terwujud. Bila adanya habluminallah, maka tidak wujud lagi  habluminassyaitan.  Kerana sifat syaitan, dia akan pisahkan suami isteri.”