eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Remaja 14 Tahun Tidak Tahan Dibuli,Ambil Keputusan Bring Atas Landasan Sebelum Maut Digilis

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun yang menjadi mangsa buli mengambil keputusan untuk baring atas landasan sebelum maut digilis oleh kereta api pada Isnin lepas.

Seorang rakan menyifatkan Sam sebagai ‘bright dan popular’ juga mendedahkan bahawa dia merupakan salah seorang lelaki yang paling baik dan menarik dalam local breakdancing club.

Sam dilaporkan telah menyerahkan telefon bimbit dan beg sekolahnya kepada rakan sekelas sebelum meninggal di atas landasan kereta api.

Sam dikatakan seorang yang mempunyai jiwa sensitif. Sam juga seorang yang lucu dan sarkastik dengan lawak-lawak yang hebat.

Sophie yang merupakan adik bongsu kepada Sam, menayatakan kepada ibu bapanya, bahawa Sam telah menjadi mangsa buli di sekolah. Tapi kenapa sekolah tidak mengambil apa-apa tindakan? ibu bapanya kembali mempersoalkan.

Walaupun banyak laporan mengenai kes buli di Sekolah Salesian, namun mereka tiada rekod kes buli terhadap Sam.

Difahamkan lebih dari 50 kanak-kanak dan dewasa dari Sekolah Roman Katolik Salesian berada di atas platform kereta api semasa kejadian. Polis dipanggil untuk mengalihkan orang ramai daripada platform tersebut bagi memudahkan proses mengeluarkan mayat Sam dari atas landasan kereta api.

Seorang daripada rakan Sam, mendedahkan bahawa Sam dibuli dan akan duduk bersendirian di taman permainan pada waktu rehat.

Sebuah nota ditemui berkdekatan yang dipercayai merupakan catatan bunuh diri.



Pihak sekolah turut menyatakan rasa berduka mereka dengan pemergian Sam.

Pengetua sekolah itu akan mengadakan siri perhimpunan dan memanggil pakar psikologi pendidikan bagi membantu pelajar yang mempunyai masalah untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Sumber: The Sun