eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Roti Putih Ada Najis Tikus, Pihak Gardenia Tampil Beri Penjelasan

Timbulnya isu ini apabila seorang individu yang telah mendakwa terdapatnya najis tikus di dalam buku roti yang dibeli serta telah dimuat naik gambar dalam laman sosial  menimbulkan spekulasi serta tanda tanya dikalangan orang ramai


Pihak Gardenia telah tampil memberi penjelasan terhadap perkara tersebut dimana apa yang dilihat seakan-akan najis tikus itu adalah serpihan doh yang melalui dua kali proses pembakaran dan bukannya najis seperti yang didakwa.

Pihak Gardenia menyatakan pihak mereka sangat mementingkan perkhidmatan dan kualiti setiap produk yang dihasilkan. Justeru, orang ramai perlu sedia maklum bahawa perkara seperti itu tidak akan terjadi.

Mereka juga telah menghubungi individu berkenaan dan memaklumkan tentang perkara ini. Lantaran itu, pihak Gardenia juga menjemput individu itu untuk melihat dan menilai sendiri kilang dan proses yang dijalankan.

Sumber: Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd.