Ads Top

Durjana Sanggup Rogol Bayi, Sebar Rakaman Dalam Laman Web Gelap

Seorang pedofil telah dipenjarakan selama 70 tahun kerana merogol seorang bayi perempuan berusia satu tahun. Selain itu, dia juga bertindak merakam perbuatan terkutuknya.

Video rakaman itu seterusnya dimuat naik didalam sebuah laman web gelap.

Ejen Keselamatan Dalam Negeri terpaksa menunjukkan rakaman mengerikan kepada ibu bayi tersebut untuk mengenal pasti mangsa, media tempatan melaporkan.

Wanita itu kemudian mengesahkan bayi tersebut merupakan anaknya berikutan terdapat mainan boneka haiwan yang terlihat di belakang bayi tersebut.

Waran geledah di rumahnya menemui 43 video penderaan seksual kanak-kanak, dan sekurang-kurangnya 4,000 imej penderaan.

“Ini merupakan kekejaman paling dahsyat yang tak dapat dibayangkan kepada bayi berusia satu tahun,” kata penolong agen khas Homeland Security Investigation (HSI) Tampa yang bertanggungjawab ke atas kes Michael B. Cochran.

Sumber: Mirror Uk

Powered by Blogger.