eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Sembunyi Mayat Isteri 100 hari Dalam Peti Sejuk,Suami Menerima Hukuman Mati

BEIJING: Sebuah mahkamah di Shanghai mengesahkan hukuman mati seorang lelaki kerana membunuh dan menyembunyikan mayat isteri di dalam peti sejuk selama 100 hari, lapor media tempatan.

Hindustan Times yang memetik laporan China Daily mendedahkan, Zhu Xiaodong, 30, menghabiskan hampir AS$21,800 (RM90,185) daripada kad kredit Yang Liping (isterinya) untuk bercuti bersama wanita lain dalam usaha untuk melupakan kejadian itu. Yang adalah anak tunggal.

Zhu mengemukakan rayuan terhadap hukuman mati yang dijatuhkan Mahkamah Persekutuan Shanghai pada Ogos tahun lalu.

Menurut laporan terbabit, Mahkamah Agung Shanghai mengesahkan hukuman itu.

Menurut laporan mahkamah, dia disabitkan kesalahan kerana menjerut leher Yang ketika berlaku pertengkaran pada 17 Oktober 2016, di rumah mereka di daerah Hongkou, 10 bulan selepas berkahwin.

Laporan itu mendedahkan, Zhu, kerani di sebuah kedai baju itu, menyembunyikan mayat isterinya yang juga bekas guru di dalam peti sejuk diletakkan di balkoni rumah selama 106 hari.

Mahkamah berkata, ketika tempoh itu, dia menggunakan akaun rangkaian media sosial milik isterinya dan menjawab semua mesej teks yang diterima daripada ibu bapa dan rakan-rakan.

Zhu menyerah diri dengan ditemani ibu bapanya pada 1 Februari selepas menyedari dia tidak mampu lagi menyembunyikan kebenaran kerana mereka dijemput untuk menghadiri makan malam sempena majlis hari jadi bapa mentua. - Agensi