eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Tabiat Minum Teh Panas-Panas ‘Jemput’ Risiko Kanser

Terkini, kajian oleh Dr. Farhad Islami, pengarah strategik jabatan penyelidikan kanser institusi berkenaan telah mendapati amalan meneguk teh yang terlalu panas (melebihi 60°C) sebanyak 700 mililiter (ml) setiap hari mampu meningkatkan risiko kanser esofagus sebanyak 90 peratus berbanding meminum teh suam atau sejuk dalam jumlah yang sama.

Hal ini turut dikongsikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kedah yang dipetik dari Public Health Malaysia menerusi laman Facebook rasminya seperti berikut.

“Tunggu teh panas sejuk sedikit sebelum di minum, kerana meminum teh yang terlalu panas tidak begitu baik untuk kesihatan!

“Sekiranya anda gemar meminum teh yang terlalu panas ( melebihi 60°C) setiap hari, risiko untuk mendapat kanser esofagus akan meningkat 90%.

“Hasil kajian ini diperolehi setelah mengkaji lebih 50 ribu individu di Iran Utara.

“Sebenarnya, sebarang bentuk iritasi berterusan kepada permukaan saluran pemakanan (esofagus) akan menyebabkan risiko kanser.

“Selain air panas, iritasi ini termasuklah asap rokok, refluks dari asid perut dan alkohol.

“Setiap tahun, 400 ribu individu maut akibat kanser esofagus.”

Dr. Farhad menyarankan orang ramai supaya menunggu minuman panas menjadi suam atau sejuk terlebih dahulu sebelum minum.

Para saintis dijangka bakal menjalankan lebih kajian pada masa hadapan untuk mengenalpasti mekanisme minuman panas yang meningkatkan risiko kanser.