Ads Top

Temui Ajal Selepas Mata Tertusuk Penyedut Minuman Besi

Seorang wanita disahkan telah maut selepas sebatang penyedut minum besi tertusuk mata kirinya dan tembus ke otaknya dalam satu kejadian yang berlaku beberapa bulan lepas.

Ketika kejadian, mangsa yang berumur 60 tahun dan berasal dari Broadstone, Bournemouth dikatakan sedang memegang sebuah gelas berbentuk tembikar dan penyedut minuman besi itu diletakkan di tengah-tengahnya.

Malangnya, dia tiba-tiba terjatuh dan mengakibatkan penyedut minuman besi  itu tertusuk ke mata kirinya dan tertembus sehingga terkena pada otaknya.

Mangsa ditemui oleh pasangannya dalam keadaan tertiarap di dapur dan mengerang kesakitan.

“Saya dapat melihat penyedut minuman itu tertusuk matanya dan menembusi kepalanya. Saya terus hubungi pasukan kecemasan dan meminta mereka menghantarkan ambulans segera,”jelas pasangannya itu.

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia keesokan harinya akibat kecederaan serius pada otak.

Sumber: Bournemouth Echo

Powered by Blogger.