eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Terbaik ,Dua Taman Tema Air Popular Malaysia Masuk Top Rangking Dunia

Siapa sangka Taman Tema Air Malaysia mampu masuk top rangking dunia  ia bukan sesatu yang mudah kerana kita bersaing dengan negara maju lain yang lebih hebat

Kita memiliki beberapa buah taman tema air berkelas dunia, antaranya ialah Sunway Lagoon serta Lost World of Tambun.

Ia dibuktikan apabila dua taman tema ini tersenarai sebagai antara taman tema paling banyak dikunjungi di seluruh dunia, rantau Asia Pasifik khususnya.

Sunway Lagoon yang terletak di Selangor telah diumumkan sebagai taman tema air ke-empat paling banyak dikunjungi di Asia Pasifik apabila merekodkan seramai 1.3 juta pengunjung sepanjang tahun lepas.


Angka itu telah berjaya mengatasi jumlah pengunjung bagi dua taman tema popular di Korea Selatan iaitu Ocean World(1.264 juta pengunjung) serta Caribbean Bay(1.2 juta pengunjung).

Jumlah tersebut juga telah berjaya menempatkan Sunway Lagoon di tempat ke-13 dunia dan menumpaskan taman tema air popular Sepanyol, Siam Park yang berada di tempat ke-16(1.21 juta pengunjung).

Manakala bagi Lost World of Tambun, Perak pula, ia telah dikunjungi oleh seramai satu juta pengunjung, sekaligus menempatkan mereka di tangga ke-10 sebagai taman tema air yang menerima pengunjung teramai di Asia Pasifik.

Menurut laporan Global Attraction Attendance Report ini juga, seramai 30.9 juta individu telah mengunjungi taman tema air di seluruh dunia sepanjang tahun 2018, kira-kira 700 ribu orang lebih ramai berbanding 2017.

Kedua-dua taman tema air tempatan yang tersenarai dalam penyenaraian berkenaan dimiliki oleh Sunway Group.

Namun di peringkat dunia, Walt Disney Attractions muncul sebagai syarikat taman tema paling popular 2018 dengan rekod kunjungan seramai lebih 157 juta orang, jauh meninggalkan pesaing terdekatnya, Merlin Entertainment Group(67 juta pengunjung).

Jumlah pengunjung ini direkodkan melalui jualan tiket masuk dan taman tema yang terlibat perlulah menfokuskan kepada pengalaman pengunjung dalam setiap operasi yang dijalankan.