eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Vide) Hati-hati Bila Tiggalkan Kipas Terpasang Lama ,Tiba-tiba boleh 'Berapi'

Menurut statistik dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), masalah litar pintas dan kegagalan peralatan elektrik menjadi antara faktor utama berlakunya kebakaran bangunan.

Peralatan elektrik yang dibiarkan berfungsi tanpa pemantauan berisiko menjadi punca kebakaran tempat tinggal apabila penghuni gagal mengesan kerosakan berlaku sehingga menyebabkan api merebak ke kawasan lain.

sebuah kipas di dalam bilik telah mengalami letupan kecil dipercayai kerana kepanasan setelah dibiarkan terpasang terlalu lama. Kipas tersebut kemudiannya terbakar dan cair sehingga menitik ke atas objek berhampiran.
 

9 punca kebakaran peralatan elektrik

1. Kipas
Kipas yang terlalu panas dan kotor berpotensi untuk terbakar terutamanya jika kotoran mudah terbakar terkumpul pada bahagian ventilasi kipas. Oleh itu, bersihkan kipas secara berkala dan pastikan suis dipadamkan setiap kali anda meninggalkan bilik bagi mengelakkan ia terlalu panas.

2. Mentol lampu
Penggunaan mentol lampu dengan watt yang lebih tinggi berbanding saranan pengilang boleh menyebabkan kebakaran peralatan tersebut. Patuhilah saranan pengilang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

3. Peralatan elektrik tiada kelulusan
Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) berfungsi memeriksa keselamatan peralatan elektrik di pasaran. Penggunaan peralatan yang tiada kelulusan SIRIM merupakan tindakan yang berisiko.

4. Plug dan soket elektrik

Plug yang longgar dan tidak berpadanan dengan soket boleh menyebabkan kebakaran. Pastikan plug digunakan sesuai dengan soket dan tidak longgar apabila dipasang.

5. Kedudukan objek mudah terbakar

Elakkan meletak peralatan elektrik seperti lampu mentol yang terdedah dan pemanas daripada objek yang mudah terbakar seperti kertas, langsir, cadar dan perabot kayu.

Mentol halogen lebih mudah terbakar diikuti mentol pijar dan mentol kalimantang (pendarfluor).

6. Bebanan pada outlet

Elakkan menyambung peralatan elektrik lebih daripada 2 pada satu sumber kuasa. Penggunaan setiap outlet hendaklah di bawah 1500 watt manakala peralatan elektrik yang memerlukan bekalan kuasa tinggi seperti peti sejuk, mesin basuh dan oven hendaklah disambung terus ke outlet berasingan.

7. Kerosakan wayar

Tindakan menyambung wayar di antara pintu atau meletakkan wayar di atas lantai dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan wayar terdedah akibat kerosakan. Oleh itu, salurkan wayar pada tempat selamat dan kemaskannya dengan pita bersesuaian.

Kredit: Del Mar Fans & Lighting

8. Wayar terdedah

Apabila menggantikan atau mengubah peralatan elektrik seperti kipas siling, pastikan anda telah membalut hujung wayar yang terdedah dengan penebat terlebih dahulu sebelum menghidupkan semula bekalan elektrik.

Sekiranya bahan konduktor di dalam wayar perkakasan elektrik anda terdedah, gantikan wayar tersebut segera. Jangan cuba membaikinya sendiri sekiranya anda tidak berpengalaman dalam pendawaian elektrik.

9. Pendawaian melebihi had masa

Sekiranya anda tinggal di rumah berusia melebihi 20 tahun, anda digalakkan memanggil juruteknik untuk memastikan pendawaian di rumah anda selamat. Hal ini kerana penggunaan perkakasan elektrik moden mungkin menyebabkan bebanan kepada pendawaian yang telah lama.