eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

(Video) Sedih Anak Badak Cuba Kejutkan Ibunya Yang Telah Ditembak Pemburu


Kira-kira sebulan yang lalu, Malaysia baru sahaja menerima berita menyedihkan apabila badak sumbu jantan terakhir di negara ini telah pun mati. Kematian badak yang mesra dipanggil ‘Tam’ itu dikatakan berpunca daripada kerosakkan buah pinggang.

Lain pula ceritanya dengan apa yang terjadi di India baru-baru ini apabila seekor badak telah terkorban didakwa selepas ditembak pemburu haram semata-mata untuk mendapatkan sumbunya.

Satu video berkaitan kejadian itu telah tular di Internet. Apa yang menyedihkan, video berkenaan memaparkan seekor anak badak dipercayai anak kepada badak yang ditembak cuba untuk mengejutkan ibunya supaya bangun.





Video yang dikongsikan oleh salah seorang pegawai perhutanan India, Parveen Kaswan di Twitter itu menerima banyak reaksi dan rata-rata penonton menyatakan kesedihan terhadap anak badak itu.

“Kekejaman manusia tiada batasan..”



Tidak kurang juga ada yang mahukan pemburu yang melakukannya ditangkap dan diberi hukuman setimpal.

“Pelaku perlu dipenjara dan disaman”




Sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sepatutnya mampu bertindak dengan lebih waras dan tidak hanya mementingkan diri sehingga menyebabkan makhluk lain terseksa.

Diharapkan dengan penularan video ini akan dapat membuka mata dunia mengenai kepentingan melindungi hidupan liar, terutama spesis yang diancam kepupusan agar generasi akan datang dapat melihat mereka secara realiti dan bukan sekadar di kaca skrin sahaja.

Sumber: India Today, @ParveenKaswan