Ads Top

(Video)Pengunjung Taman Tema Maut, Permainan Tunggangan Patah Dua

Satu lagi kejadian mengerikan berlaku melibatkan permainan tunggangan berputar di sebuah taman tema dekat Ahmedabad, India baru-baru ini.

Kejadian ini berlaku tidak lama selepas tragedi hampir sama berlaku di sebuah taman tema di daerah Jizzakh, Uzbekistan beberapa minggu lalu.

Dalam kejadian di Ahmedabad tersebut, platform tempat duduk pemain telah tercabut dari pemegangnya, sekaligus menyebabkan ia jatuh terhempas ke tanah.

Kejadian itu sempat dirakam oleh pengunjung lain dan ia menjadi tular di Internet.



  Pihak polis bersama pasukan forensik telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengkaji punca sebenar tragedi berkenaan.

“29 orang dikejarkan ke hospital, di mana dua dilaporkan meninggal dunia manakala 27 lagi cedera,”kata Datuk Bandar Ahmedabad, Bijal Patel.

Sumber: The Sun, @VinayMIRROR
Powered by Blogger.