eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Wi-fi Awam ,Elak Tiga Kesilapan Ini Agar Maklumat Penting Kita Tidak Bocor


Menggunakan Wi-fi Awam atau Wi-fi pecuma siapa yang tak mahukan  terutama sekali gologan pelajar mahupun mereka yang ingin menjimatkan penggunaan data internet mobile mereka , tapi tahukah kita penggunaan wifi free ini boleh mengundang bahaya dari segi keselamatan maklumat penting terutamanya berkaitan peribadi mahupun perbankkan 

Namun begitu bukanlah bermakna kita tidak langsung boleh menggunakan wi-fi  percuma ini cuma kita hanya perlu berhati-hati . Oleh itu berikut adalah tiga kesilapan terbesar yang kita lakukan ketika menikmati kemudahan percuma ini
  1. Mengakses Data Peribadi

Pengguna memanfaatkan internet untuk berhubung dan juga berkongsi maklumat dengan pengguna yang lain. Namun, sekiranya maklumat yang ingin disalurkan itu dalam bentuk peribadi, anda dinasihatkan untuk mengelaknya ketika menggunakan kemudahan Wi-Fi awam. Begitu juga sekiranya anda menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi urusan bank anda seperti menyemak baki akaun dan urusan jual beli, maklumat peribadi bank anda berisiko terdedah kepada jenayah siber.

Perkara ini kerana penggodam hanya memerlukan beberapa klik pantas bagi mendapatkan maklumat peribadi dan sudah pastinya anda akan mengalami kerugian yang besar.


Gambar: Mobile Banking

       2. Mengabaikan Terma dan Syarat

Setiap kali anda cuba untuk menggunakan Wi-Fi awam, sudah pastinya anda perlu mengambil masa yang lama untuk membaca ‘Terma dan Syarat’ sebelum anda mengakses perkhidmatan tersebut. Namun, kebanyakan orang lebih memilih untuk mengabaikan dan terus menerima notis berkenaan tanpa membacanya terlebih dahulu.

Anda mungkin berada dalam bahaya sekiranya melakukan perkara tersebut kerana kebanyakan syarikat yang menawarkan akses internet percuma kepada pelanggan mempunyai niat yang tidak baik. Perkara ini kerana mereka ingin melombong data anda supaya dapat dijual dalam masa terdekat ataupun menyampaikan kepada pihak ketiga yang sanggup membayar dengan kos yang tinggi bagi mendapatkan maklumat anda. Oleh itu, anda terlebih dahulu perlu membaca dengan teliti sebelum menerima sebarang notis yang muncul.



Gambar: Knowzy


        3. Tidak Mengaktifkan VPN

Sebarang urusan yang anda lakukan menggunakan internet dapat dilindungi sekiranya anda mengaktif Private Internet Acces VPN sepanjang masa. Aplikasi ini sangat penting kerana dapat menghalang penggodam yang berniat jahat yang ingin mencuri data peribadi anda.

Dengan mengaktifkan VPN, anda dapat melayari internet tanpa menggunakan akaun anda sendiri dan ternyata dapat menyelamatkan data peribadi anda. Selain itu, VPN juga bermanfaat bagi anda untuk melayari sebarang halaman tanpa batas walaupun di mana-mana anda berada.


Gambar: Tech.Co


Kita seharusnya menggambil pendekatan berjaga-jaga agar setiap dari tindakkan kita tidak memberi peluang kepada penjenayah saiber betindak kerana setiap kelalaian kita walaupun sedikit boleh memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan maklumat penting kita.