Ads Top

Bagi Kucing Makan Ayam, Ini Balasan Yang Diterima Pemberi

Tidak dapat dinafikan, kucing adalah antara haiwan yang sering mendapat tempat di hati manusia, berkat kecomelannya serta sifat manja yang dimiliki.

Akan tetapi, kadang kala nasib kucing ini juga berbeza mengikut rupa parasnya. Kucing yang bersih dan comel biasanya akan mendapat layanan lebih baik berbanding kucing yang kotor dan comot.

Namun, dalam tidak sedar, ada kalanya kucing-kucing kotor inilah yang dihantar oleh Tuhan sebagai perantara bagi rezeki yang ingin diberikan.

Itulah yang dialami oleh seorang pemuda dengan nama Twitter,  @AidilZharif yang memperoleh rezeki yang tidak disangka selepas memberi sedikit ayam kepada kucing yang datang kepadanya sewaktu sedang sarapan di sebuah restoran baru-baru ini.





Jumlah atau kadar pemberian itu mungkin kecil, namun ia menunjukkan bahawa walaupun kita memberikan sedekah kepada seekor haiwan, Allah swt pasti akan membalaskan dalam apa jua cara gantian.


Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata kita mengenai kebaikan bersedekah walaupun kepada seekor haiwan serta pentingnya untuk kita menyayangi haiwan tanpa melihat rupa parasnya.

Sumber: Twitter @AidilZharif
Powered by Blogger.