Ads Top

Pencarian Berakhir, Keluarga Nora Anne Beri Kenyataan Eksklusif Zahir Rasa Sedih

Kehilangan Nora Anne Quoirin sejak 4 Ogos lalu ketika bercuti bersama keluarganya di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan akhirnya terjawab apabila mayat gadis malang itu ditemui semalam.

Lokasi penemuan mangsa adalah kira-kira 2.5 kilometer dari resort tersebut yang sepatutnya menjadi tempat percutian mereka sekeluarga selama dua minggu di negara ini.

Berikutan itu, pihak keluarga Nora Anne tampil mengeluarkan kenyataan rasmi di Facebook melalui agensi media Lucie Blackman Trust. Mereka menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam usaha pencarian Nora Anne sepanjang tempoh kehilangannya.

Pemergian Nora bukan sahaja disifatkan kejam oleh ahli keluarganya malah kehilangan gadis ini seakan tidak tertanggung oleh mereka semua.

Sebelum ini misi pencarian dan kemaskini kehilangan gadis itu dibuat sendiri oleh ahli keluarga mangsa melalui akaun Twitter @findingnora.

Following yesterday’s devastating news this account will shortly close. Please follow @MissingAbroad for all future updates and statements. Family statement will be posted there soon. Thank you for your support.

— findingnora (@findingnoraq) August 14, 2019

Walau bagaimanapun, tweet terbaru akaun itu meminta orang ramai untuk mengikuti perkembangan kes melalui Twitter @MissingAbroad yang dikendalikan oleh sebuah organisasi berdaftar dari United Kingdom yang bertujuan memberikan sokongan praktikal kepada keluarga yang mengharungi kehilangan orang tersayang di luar negara.

PLEASE NOTE: Nora’s family will not be making any statement or interview at this time. The Lucie Blackman Trust is in regular contact with them and will update media globally if they are ready to do so. Please respect their privacy at this awful time.

— Lucie Blackman Trust (@MissingAbroad) August 13, 2019

NORA QUOIRIN FAMILY STATEMENT – https://t.co/3A9tx7uqul #NoraQuoirin #FindNora #FindingNora

— Lucie Blackman Trust (@MissingAbroad) August 14, 2019

Ikuti kenyataan rasmi seperti di bawah.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha pencarian Nora. Kami berterima kasih kepada masyarakat setempat di sini dan mereka yang mengirimkan doa dan sokongan dari jauh. 

Nora telah membawa kita semua bersama-sama terutamanya daripada Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia untuk bersatu dalam memberi sokongan kepada Nora dan keluarga. Dia telah menyentuh hati kita semua di dunia ini.

Kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang berada di rumah, kami tidak mampu berterima kasih dengan kasih sayang dan sokongan dari anda semua.

Nora berada di dalam hati kami sekeluarga. Dia gadis yang suci, paling berharga dan kami menyayanginya tidak terhingga. Pemergiannya secara kejam tidak dapat ditanggung oleh kami.


Hati kami hancur.

Kami akan selalu menyayanginya.

Powered by Blogger.