Ads Top

Lagi Pantas Dari Bunyi ,Pesawat Hypersonik 'Angkasa '3 dan 80% Waktu Penerbangan Lebih Singkat


Tempoh penerbangan dari London ke Sydney yang mengambil masa hampir 22 jam dikatakan boleh menjadi 80% lebih singkat pada tahun 2030, sekiranya hasrat untuk mencipta pesawat menggunakan enjin roket hypersonik yang sedang dibangunkan di United Kingdom menjadi realiti.
Agensi Angkasa UK mengumumkan semalam di Persidangan Angkasa UK 2019 bahawa mereka akan bekerjasama dengan Agensi Angkasa Australia dalam perjanjian “Jambatan Angkasa Pertama di dunia.”


Menurut Ketua Agensi Angkasa UK, Graham Turnock, sekiranya percubaan untuk menggunakan enjin roket SABER (Enjin Roket  Synergetik) itu berjaya, perjalanan dari Australia ke London hanya mengambil masa selama kurang dari empat jam.
Tiada yang mustahil kerana pada tahun 2030 nanti segala perkhidmatan dan teknologi akan semakin canggih.


Peminat penerbangan supersonik semestinya tertunggu-tungu penerbangan yang lebih pantas daripada bunyi dan masih merindui Concorde yang sudah ‘dipatahkan sayap’ sejak tahun 2003 lalu.

Pada April 2019, precooler berjaya lulus ujian, mensimulasikan keadaan di Mach 3.3, atau lebih laju daripada tiga kali kelajuan bunyi.

Itu menjadikannya 50% lebih pantas daripada kelajuan pesawat Concorde yang pernah digunakan untuk penerbangan dari New York dan Paris. Ia juga setangkas dengan rekod kelajuan jet terpantas yang pernah dicipta iaitu Lockheed SR-71 Blackbird.


Sumber: CNN 
Powered by Blogger.