Ads Top

Murah Dan Berkesan, Lelaki ini Kongsi Rahsia Penjagaan Kulit Muka Yang Sihat Dan Cantik


 Penjagaan kulit muka yang cantik dan sihat bukan lagi hanya untuk wanita tetapi kini kaum lelaki harus menjaga penampilan diri dan kesihatan kulit , untuk menjaga kulit muka cantik dan sihat tidak semestinya memerlukan produk berjenama mahal kerana ia tidak semestinya berkesan kerana ia haruslah sesuai dengan penerimaan kulit muka setiap orang yang berbeza.

“Sebelum dan selepas. Perlukah saya letak rutin harian skincare?”


“Jenis kulit aku adalah gabungan antara kulit kering dan berminyak.  So, kepada korang yang skin type lain tu you may follow tapi kena berhati hati juga ya?”

Menurut Hilmie, rutin harian pada waktu pagi adalah dengan menggunakan cleanser selama 6 bulan. Setakat ini, ianya sangat berkualiti dan benda paling penting adalah produk ini sesuai untuk semua jenis kulit.



Lepas cleanser aku akan guna Toner. Untuk pengetahuan korang, kulit muka aku ni kulit muka murah. Jadi, alhamdulillah laa tak berabis duit sgt kat skincare product. This is my Toner Safi Rania Gold. Its only cost me like RM 12 je 100ML.

 “Selepas pakai Toner bagi dia meresap masuk kulit aku akan guna Essence this Snail Essence bagus untuk moist kan kulit kau dan bagi hidrasi kulit korang. Best gila sebab dia likat. Yang ni kalau beli kat Shopee dalam RM 45 tak silap aku. Tahan berbulan bulan.”



Katanya, benda paling bagus tentang produk Safi yang digunanya sangat berkesan. Lepas menggunakan essence, dia juga mengamalkan youthful elixir daripada Safi.


 “Lepastu aku pakai serum dari wardah serum ni bagus sbb dia bg light kan kau punya scar. Best gak. Murah dalam RM 24 satu kotak. Satu kotak ada 6 botol.”

 “Second last aku guna moisturizer dari Safi juga yang ni oxy white murah teruk 12rm je. Best yaaaa sbb ada SPF 20++. Last but not least untuk morning routine is yang ni paling penting yaaa. Sangat penting kau da guna semua product lepastu tak pakai Sunscreen mmg membazir laaa. Yang ni paling best untuk kulit aku.”


 Rutin Waktu Malam

“Night routine sama je tapi ada laaa tambahan product product dia. So, lepas balik keja nak mandi kau cuci dulu muka kau dengan this oil cleanse buat double cleanse. Letak kat tangan kering cuci kat muka yang kering gak. Dah gosok sental kau amek air sikit kau cuci bagi dia keluar mcm liquid putih then you good to go untuk second phase cucian guna cleanse yang sama mcm tadi.”

“Untuk scrub pulak aku akan pakai St. Ives punya Scrub best gilaa lepas scrub confirm muka halus. Paling penting tentang scrub dia akan tanggalkan sel sel kulit mati korang.”


 “Lagi satu. Pasal pores cara aku nak clearkan unclogged pores aku akan pakai Salicylic Acid dari The Ordinary untuk keseluruhan biarkan dalam 20min lepastu letak clay mask. Aku pakai innisfree charcoal mask. Lepastu biar kering dan cuci. Boleh buat dalam 2-3kali seminggu.”

 “Ohh ya lepas korg da pakai segala serum and essence tu before moisturizer apa kata korang pakai Sheet mask. Yeah sheet mask juga membantu hydrate kan muka ya . Aku ada sekotak sheet mask.”



“Okay nampak mmg banyak. Tapi basic Skincare kau kena ada 5 je,

1. Cleanser

2. Toner

3. Serum

4. Moisturizer

5. Sunscreen

Katanya, untuk scrub muka yang jenis berjerawat lebih baik elakkan kerana ia akan membuatkan jerawat anda lagi teruk. Lebih baik cuba untuk rawat jerawat dulu sebelum menggunakan scrub.

Sumber: HilmieHafiz



Powered by Blogger.