eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Uncle Kentang Puji Sikap Pemilik Kedai Sanggup Tinggalkan Kedai Demi Beri Makan Orang Lain

Tidak semua orang di atas muka bumi ini bernasib baik. Perkara ini kerana terdapat segelintir golongan di sekeliling kita terpaksa mengharungi kehidupan dengan serba kekurangan. Namun begitu, banyak juga individu dan pihak yang prihatin terhadap nasib golongan tersebut dan tidak berfikir panjang untuk menghulurkan bantuan.

Menerusi satu perkongsian melalui Facebook Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, terdapat satu peristiwa di mana pemilik kedai makan berlari membawa makanan kepada anak-anak lapar. Tindakan tersebut dilakukan setelah Uncle Kentang menyiarkan kisah mengenai beberapa anak kecil yang sedang dalam kelaparan di Merlimau.




Menerusi perkongsian tersebut, beliau mendakwa pemilik kedai itu bersama isterinya berlari membawa makanan yang kepada lima orang anak yang berada dalam kelaparan di Merlimau. Disebabkan tindakan mereka, anak-anak tersebut dapat menikmati makanan yang masih panas.

Tambahnya melalui perkongsian itu, Kuan Chee Heng turut memuji sikap pemilik kedai tersebut yang berusaha bersungguh-sungguh demi mengisi perut anak-anak berkenaan. Menurutnya, pemilik yang dikenali sebagai nama Azhar itu sebenarnya ‘gila’ kerana kebaikan yang dipamerkan.

Tidak terlepas, rata-rata warganet juga memuji tindakan pemilik kedai tersebut malah ada juga yang berhasrat untuk mengunjungi kedai berkenaan pada masa akan datang.