eebYXrnOYAkzZ4FfKXVQtUxpW7aZVX2htvOt4gr5
Bookmark

Amaran! Kepada Ibu Bapa Elak Bawak Anak Kecil Tonton Filem Joker Kerana Aksi Ganas Berlebihan

Seperti yang diketahui, filem yang diadaptasi dari komik DC itu mengisahkan kehidupan terdahulu ‘Joker’ yang merupakan watak antagonis utama dalam filem Batman.

Walaupun filem ini menjadikan salah satu dari watak dalam filem Batman sebagai karakter utama, rantaian pawagam seperti Alami Drafthouse memberi amaran kepada para ibu bapa supaya tidak membawa anak mereka untuk menonton filem ini.

Diakui bahawa filem Batman sebelum ini semamangnya menjadi filem superhero kegemaran ramai kanak-kanak. Namun filem ‘Joker’ ini memaparkan adegan kurang bersesuaian dengan usia kanak-kanak.

“Amaran kepada ibu bapa (ini bukan gurauan),” 

Joker disenaraikan dalam kategori R kerana mempunyai aksi dan adegan keganasan yang berlebihan. Sebelum ini, telah muncul beberapa spekulasi yang menyatakan kebimbangan tentang filem ini. Teater Landmark, rantaian pawagam bebas terbesar di Amerika Syarikat, berkata mereka tidak akan membiarkan orang awam memakai pakaian atau topeng yang menyerupai Joker.
 
 Sumber: CNET